PENERANGAN :
Sebelum merancang untuk mendirikan sesebuah kabinet khususnya kabinet dapur
adalah satu penekanan yang perlu diingatkan ialah reka bentuk dapur, keluasan,
jenis bahan, kos dan kedudukan peralatan dapur yang digunakan. Ia digunakan sebagai
penyimpan barangan maka reka bentuk perlu diambil kira.
1. PENGGUNAAN DAPUR
Dapur biasanya digunakan bagi menyimpan atau
menyediakan makanan yang sama yang dipanggil ”Center”
Dapur pada asasnya terbahagi kepada 3 bahagian
seperti berikut :
a) Storage and Mixing Centre
·
Tempat penyimpanan barang seperti peti ais dan
mixing centre diletak dan
didirikan dengan bebas dan setengahnya digantung pada dinding.
b) Cooking Centre
·
Kabinet dapur masak dan perkakas lain seperti
ruang tempat ketuhar (oven),
setengah
ketuhar digabungkan atau diasingkan dengan tuku dapur.
·
Setiap kabinet dapur masak dilengkapi dengan meja
kaunter serta lampu suis
Dan
plug.
c) Cleanup centre
·
Kabinet ini biasanya terdapat sinki sebagai
perkakas utama untuk membersih
bahan-bahan masakan pelbagai jenis sinki yang didapati mengandungi satu,
dua atau
tiga mangkuk (bowl) bergantung pada pihak pengeluaran.
2. Gerak kerja segitiga
a) Ciri-ciri Gerak Kerja Segitiga (Work Triangle)
·
Pergerakan untuk keselesaan semasa diruang dapur
·
Pusingan tiga penjuru biasanya melalui peti ais,
sinki dan dapur masak
·
Jarak perimeter yang berkesan ialah tidak kurang
3 meter (12 kaki) dan tidak lebih
6.7 meter
(22 kaki) bagi mengelakkan kepenatan.
3. REKA BENTUK KABINET DAPUR
Terdapat pelbagai jenis reka bentuk kabinet dapur
:-
a) Kabinet Dapur Bentuk ”U”
·
Ruang pembahagi kedua kabinet antara 1200 mm
hingga 1520 mm ( 4’-5’) tetapi
bergantung
kepada keluasan ruang kabinet dapur.
b) Kabinet Dapur
Peninsula
·
Bentuknya hampir sama dengan bentuk U namun salah
satu darpada kabinet dipendekkan bersetentang dengan dinding. Ruanga pada
bahagian tengahnya kadang kala dipasangkan tuku dapur dan sebaliknya. Ia juga
memrlukan ruang yang besar supaya tidak menghalang pergerakan.
c)
Kabinet Dapur
Bentuk L
·
Bentuk jenis ini sangat popular digunakan kerana ia tidak memerlukan ruang yang luas dan yang boleh menghalang
pergerakan, kaedahnya lebih murah dan menarik.
d) Kabinet Bentuk koridor
·
Dapur jenis sangat baik untuk menguruskan
kerja-kerja memasak kerana dibina dengan dua dinding berhadapan terutama pada
ruang dapur yang kecil.
e)
Kabinet Dapur Satu Arah
·
Ianya sangat sesuai dibina pada ruang /kabin yang sempit, dengan kaedah ini
maka gerak kerja segitiga tidak dapat menguruskan dengan sempurna ianya hanya
sesuai seorang pekerja sahaja.
f)
Kabinet Dapur
Bentuk Island
·
Dapur jenis ini pada geogrfinya berbentuk seperti pulau, yang mana pulau
ini berupa kaunter dibina ditengah-tengah ruang dapur dikelilingi oleh
cabinet-kabinet lain. Ia dibuat sama ada tempat sinki atau tuku pemanas. Kaedah
ini sangat selesa berbanding dengan keterangan sebelumnya kerana memerlukan
ruang yang lebih luas.
g) Kabinet Dapur Keluarga
·
Ia berkonsepkan terbuka dan boleh melakukan sebarang aktiviti (seperti
perjumpaan keluarga) dan sebaginya.
Dapur jenis ini juga lebih luas dan
mempunyai pelbagai kemudahan seperti TV, set radio dan lain-lain.
·
Sebelum merancang untuk mendirikan sebuah kabinet khususnya cabinet dapur
mestilah mengambil kira ukuran cabinet, keluasan ruang bilik dapur dan rekabentuk
cabinet dengan ciri-ciri tersebut maka perancangan dapat dilaksanakan dengan
baik dan tersusun. Menunjukkan ukuran/saiz cabinet sesuai digunakan termasuk
peralatan dan perkakas dapur.
4.
JENIS BAHAN DAN PEMBINAANNYA
4.1 Bahan yang selalu digunakan untuk pembinaan kabinet dapur
adalah seperti:
· Kayu tumpat
· Papan lapis
· Papan serpihan
· Papan
lamin/plastic laminated dan sebagainya.
4.2 Terdapat dua (2) kaedah dalam pembinaan kabinet:
a)
Bina berdiri bebas
· Ianya dibina
berdiri bebas. Biasanya ia boleh diubah dan diletak dimana sahaja yang agak sesuai.
b)
Bina dalam / Bina kekal (Built-in)
· Ia digantung dan dilekatkan pada dinding batu-batu
konkrit atau diniding kayu. Ia mestilah ditebuk dan dipalamkan terlebih dahulu
pada dinding batu sebelum diskru atau dibolkan. Kelebihan cabinet bina dalam
adalah dapat member ruang bilik yang luas dan kemas teutama pada bilik yang
mempunyai dua penjuru yang dikenali dengan “Alcove.”
Kebanyakakan kabinet mempunyai laci yang disusun satu baris melintang atau
mengak. Ia digunakan sebelah tepi kanan dan kiri leh dua kayu keras ataua
keluli yang dinbamakan “Runner” . Gunanya supaya senang digelangsarkan tanp[a
tersekat-sekat. Permukaan pintu cabinet boleh ditutup terus atau dipasang kaca,
pelbagai kaedah memasang daun pintu samada jebis gelangsar, gantung dengan
engsil dan sebagainya.
Rangka cabinet dibuat berbagai cara samada digunakan sekeping papan lebar
yang dipanggil “Carcase” , atau menggunakan rangka dari kayu-kayu kecil “Ladder
bracket” . Bahagian atas permukaan (Table Top) lazimnya diskrukan dari
bawah menerusi kayu rel butang saku dan lain-lain. Permukaan atas ditutupi
dengan plastic laminated tujuan untuk tahan lasak.
Kemasan seperti mengecat,menyelek / barnis mestilah dilakukan supaya hasil
kerja kelihatan lebih menarik dan kemas serta tahan lama, setengah daripa papan
tesebut diwarnakan oleh pengilang. Aksosari seperti kunci, tombol, penarik laci
dan jaring serangga mestilah dipasangkan bagi menyempurnakan cabinet tersebut.
SOALAN
- Dalam pembinaan kabinet dapur gerak kerja segitiga
(Work Triangle) perlu diambil kira.
Nyatakan ciri-ciri gerak kerja segitiga?
- Berikan 3 bahagian dalam dapur?